in

12 Senarai Last-Minute Sebelum Naik Flight

Dah beli tiket? Okay sekarang dah boleh plan trip anda!

Tapi sebelum itu, jom semak senarai 15 perkara ini sebelum percutian anda.

SETELAH BELI TIKET

1. Passport dan visa

Jangan lupa passport tau, benda paling penting! Kalau tak ada, tak boleh terbang pula nanti (untuk percutian antarabangsa, kalau cuti-cuti Malaysia hanya perlukan IC).

Nak pergi mana – Siem Reap, Tokyo, atau Melbourne? Untuk destinasi antarabangsa, anda perlu tahu samada negara itu perlukan visa atau tidak. Sebagai contoh, warga Malaysia tidak perlukan visa untuk negara-negara ASEAN kecuali Myanmar. Tapi kalau nak pergi India, Sri Lanka, China atau Australia, kena buat visa dulu. Pastikan juga yang passport anda masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan setelah tempoh flight.

Kalau nak senang, apply dengan OeVISA. Prosesnya senang, boleh buat permohonan online waktu lumch atau boleh buat dirumah sambil tengok Netflix.

2. Tempahan hotel

Esok nak terbang, hari ni baru nak book hotel? Eh jangan macam tu. Lagi lewat cari hotel, lagi sikit pilihan yang ada, dan mungkin lagi mahal harganya.

Nak cari hotel yang best? AirAsiaGo.com ada pelbagai jenis hotel, dan mereka selalu tawarkan diskaun. Nak duduk depan laut? Kat tengah bandar? Atas bukit? Lagi senang kalau book flight campur hotel sekali melalui AirAsiaGo.

3. Satu kad untuk semua transaksi

Kalau bercuti di negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura atau Hong Kong, lebih senang untuk membuat pembelian dengan kad kredit. Tapi kadang-kadang kita tak tahu apa caj tambahan yang dikenakan oleh bank. Jadi anda boleh gunakan BigPay!

Tiada surjac tambahan untuk apa saja transaksi (dalam atau luar negara) jika anda gunakan BigPay. Ia juga satu-satunya kad tanpa caj transaksi untuk pembelian tiket kapal terbang. Di samping itu, anda juga boleh memantau penggunaan dari app sahaja. Mudah kan? Habis percutian, boleh lihat trip summary yang meringkaskan perbelanjaan anda berdasarkan kategori.

4. Matawang asing

Tukar siap-siap matawang asing di pengurup wang berdekatan. Jangan bila sampai destinasi baru nak tukar duit, sediakan awal-awal OK! Kalau nak tunggu sampai airport baru nak tukar, macam mana nak bayar duit teksi nanti? Lagipun tarif airport selalunya lebih mahal daripada biasa.

5. Saiz dan berat bagasi

Kadang-kadang yang buat lambat queue di kaunter ni bukan apa, tapi masalah beg terlebih berat, waktu inilah kelam kabut kena bayar caj lebih. Buat pilihan bijak melalui Manage My Booking di AirAsia.com. Agak-agak kalau nak borong kain kat Bandung, topup la bagasi sampai 40kg terus.

Untuk beg bawa atas kabin pun ada limit iaitu 7kg, dan saiznya harus boleh muat di dalam ruang simpanan atas. Boleh rujuk kepada ukuran ini: 56 centimetres x 36 centimetres x 23 centimetres termasuk pemegang, roda, dan poket tepi.

6. Pilihan tempat duduk

Suka mengelamun tengok awan atau boleh tidur sepanjang penerbangan? Boleh beli tempat duduk tepi tingkap. Kalau suka singgah bilik air atau mahu buat exercise ringan boleh ambil seat tepi lorong.

7. Insurans perjalanan

Bak kata pepatah, sediakan paying sebelum hujan. Ada pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku contohnya bagasi rosak, kecederaan, atau kecurian. Untuk lebih tenang and selesa, beli insurans perjalanan AirAsia daripada Tune Protect. Yang bagusnya anda akan dilindungi sebelum, semasa, dan selepas percutian anda.

Jadi bolehlah bercuti tanpa was-was!

SEBELUM BERLEPAS

8. Daftar masuk melalui website atau aplikasi mobil

Pernah tak rasa macam gementar bila nampak garisan beratur yang panjang untuk daftar masuk? Alamak… sempat ke tak sempat nak check-in ni?

Sebab tu lagi elok kalau daftar masuk dulu melalui website atau app AirAsia. Dah dapat boarding pass boleh print atau simpan dalam telefon.

Kalau berlepas dari KLIA2, ada banyak kiosk daftar masuk sendiri yang anda boleh guna. Boleh dapat boarding pass terus dan siap boleh print luggage tag sendiri lagi! Dah settle semua, boleh terus ke kaunter baggage drop (kalau ada bagasi).

9. Tiba awal di airport

Kita kan nak pegi holiday, tak mahulah mula dengan drama mengejar kapal terbang. Jadi, tibalah di airport awal, sekurang-kurangnya 2 jam sebelum penerbangan. Kalau musim raya atau cuti sekolah, 4 jam sebelum. Sebab ada ramai orang yang nak terbang, jadi mungkin anda terpaksa beratur panjang semasa nak daftar masuk bagasi, di kaunter imigrasi, dan semasa pemeriksaan keselamatan.

Lagi awal sampai, lagi tak pening kepala. Kalau dah selesai daftar masuk dan ada masa lebih tu boleh minum kopi dulu atau beli buku untuk baca atas kapal terbang.

10. Makanan untuk alas perut

Boleh ke terlampau excited nak pergi holiday sampai lupa makan? Eh jangan la macam tu. Makan penting untuk tenaga, kalau tak nanti cepat naik angin pulak. Sebab itu kena sampai airport awal, jadi ada masa nak makan McD ke, lepak Starbucks ke.

Dalam flight pun boleh makan lagi. Cuba belek menu Santan di depan poket tempat duduk anda. Ada Nasi Lemak, Nasi Ayam, Briyani, dan macam-macam lagi. Rasa macam nak order semua kan? Satu cara untuk pastikan makanan anda akan tersedia dihidang di atas langit ialah dengan membeli pre-book meal sekurang-kurangnya 2 hari sebelum penerbangan. Dapat air percuma lagi, memang berbaloi!

11. Sediakan ubat sebelum sakit

Lebih baik bersedia dari awal. Sebelum holiday boleh pegi klinik untuk check-up dulu. Sediakan juga pouch kecil untuk letak ubat-ubat asas seperti parasetamol, paket garam rehidrasi, activated charcoal tablets (ubat keracunan makanan), ubat loya, dan minyak cap kapak.

SAMPAI DESTINASI

12. Terus berhubung secara online

Dah sampai mesti nak mesej kat groupchat whatsapp kan? Bagitahu family atau boyfriend yang kita dah sampai. Tapi kegunaan data roaming ni bukan lah sebab untuk Whatsapp je. Ada banyak fungsi berguna seperti Google Maps atau nak cari tempat makan yang sedap. Nak harapkan data roaming dari plan telekomunikasi biasa? Menangis la nak bayar bil nanti.

Tapi kalau awal-awal dah siap sedia dengan Flexiroam, senang. Tak perlu gigih cari 7-Eleven untuk beli kad sim. Hanya bayar untuk data yang digunakan – tiada caj tersembunyi, komitmen, atau kontrak.

Jangan lepaskan peluang untuk menebus 1GB data and roaming secara PERCUMA di sini (hanya perlu bayar yuran pos sahaja).

What do you think?

Written by Irvin Hanni

Irvin enjoys conversations with the trees and the stars. Sometimes they share recipes, sometimes they share jokes.

Here Are 5 Things You Must Absolutely Do in Shanghai

Top 10 Romantic Things to Do in Dalat, Vietnam